Info Terkini H1N1


 MOHTujuh lagi kes terbaru Influenza A (H1N1) telah disahkan hari ini oleh Kementerian Kesihatan dan menjadikan jumlah keseluruhan di negara ini kepada 18 kes:
  • Kes ke 12 melibatkan kanak-kanak lelaki berumur 6 tahun, yang tiba ke negara ini pada 22 Jun 2009 setelah berkunjung ke Kuala Lumpur, Malaysia.

  • Kes ke 13 ialah seorang kanak-kanak perempuan berumur 14 tahun, merupakan kontak terdekat kes ke 8.

  • Kes ke 14 melibatkan seorang lelaki berumur 23 tahun iaitu merupakan kontak bagi kes ke 1.

  • Kes ke 15 ialah seorang lelaki warga asing berumur 20 tahun. Pesakit singgah ke negara ini dari London dengan menggunakan penerbangan BI098 pada 24 June 2009 dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Pesakit mempunyai tanda-tanda penyakit ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas. Sebagai langkah berwaspada, penumpang-penumpang dalam penerbangan yang sama dan duduk sebaris, 3 baris di depan dan 3 baris di belakang pesakit sedang dikenalpasti dan akan dihubungi.

  • Kes ke 16 adalah seorang perempuan berumur 19 tahun yang merupakan kontak kepada kes ke 4

  • Kes ke 17 dan kes ke 18 merupakan kontak terdekat kepada kes ke 3. Kes ke 17 ialah seorang kanak-kanak lelaki yang berumur 11 tahun. Kes ke 18 berumur 14 tahun dan adalah abang kepada kes ke 17.

Kesemua pesakit tersebut sedang menjalani rawatan dan berada dalam keadaan baik. Dari jumlah 18 kes ini, 10 dari mereka telah dijangkiti virus Influenza A (H1N1) semasa berada di luar negeri. Sementara itu, 8 kes yang lain adalah kontak terdekat dari kes-kes 10 diatas.

Dalam pada itu, kes pertama Influenza A (H1N1) yang terdahulu dilaporkan telahpun sembuh dan dikeluarkan daripada Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong pada hari ini. Sebelum dikeluarkan dari hospital berkenaan, kes pertama telah menjalani ujian-ujian bagi mempastikan bahawa pesakit berkenaan adalah dalam keadaan sihat dan bebas dari jangkitan virus Influenza A (H1N1). 

Sekali lagi, Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai yang baru pulang dari luar negara supaya akan mengurangkan aktiviti-aktiviti dan interaksi sosial secara sukarela selama 7 hari. Mereka juga dinasihatkan untuk memantau kesihatan mereka dan mendapatkan rawatan segera, jika menghidap simptom-simptom penyakit. Disamping itu, langkah-langkah kewaspadaan perlu diambil dengan mengamalkan kebersihan diri yang baik pada setiap masa. 

0 comments: