Sorry ka Niah, for the delays.
Happy 1st birthday Baby Bazilah.
And not to forget Abg irman punya cousin jua.
Picture of the event.

Kes ke 19 melibatkan seorang lelaki Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam berumur 47 tahun, yang telah pergi ke Kuala Lumpur pada 19 Jun 2009. Pesakit kembali ke negara ini pada 22 Jun 2009 melalui Miri dengan menaiki penerbangan AK5186. Pada 25 Jun 2009 pesakit mendapatkan rawatan dan ujian makmal disahkan positif pada 26 Jun 2009. Pada masa ini pesakit sedang menjalani rawatan dan berada dalam keadaan yang baik.'
Kes ke 20 ialah seorang perempuan berumur 18 tahun yang telah pergi ke Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia pada 23 Jun 2009 dengan menggunakan kereta dan balik ke negara ini pada 25 Jun 2009. Pesakit mengalami simptom-simptom penyakit pada hari yang sama dan ujian makmal disahkan positif pada 26 Jun 2009. Pada masa ini pesakit adalah dalam keadaan baik dan menjalani rawatan.

Kes ke 12 melibatkan kanak-kanak lelaki berumur 6 tahun, yang tiba ke negara ini pada 22 Jun 2009 setelah berkunjung ke Kuala Lumpur, Malaysia.
Kes ke 13 ialah seorang kanak-kanak perempuan berumur 14 tahun, merupakan kontak terdekat kes ke 8.
Kes ke 14 melibatkan seorang lelaki berumur 23 tahun iaitu merupakan kontak bagi kes ke 1.
Kes ke 15 ialah seorang lelaki warga asing berumur 20 tahun. Pesakit singgah ke negara ini dari London dengan menggunakan penerbangan BI098 pada 24 June 2009 dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Pesakit mempunyai tanda-tanda penyakit ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas. Sebagai langkah berwaspada, penumpang-penumpang dalam penerbangan yang sama dan duduk sebaris, 3 baris di depan dan 3 baris di belakang pesakit sedang dikenalpasti dan akan dihubungi.
Kes ke 16 adalah seorang perempuan berumur 19 tahun yang merupakan kontak kepada kes ke 4
Kes ke 17 dan kes ke 18 merupakan kontak terdekat kepada kes ke 3. Kes ke 17 ialah seorang kanak-kanak lelaki yang berumur 11 tahun. Kes ke 18 berumur 14 tahun dan adalah abang kepada kes ke 17.
Kesemua pesakit tersebut sedang menjalani rawatan dan berada dalam keadaan baik. Dari jumlah 18 kes ini, 10 dari mereka telah dijangkiti virus Influenza A (H1N1) semasa berada di luar negeri. Sementara itu, 8 kes yang lain adalah kontak terdekat dari kes-kes 10 diatas.
Dalam pada itu, kes pertama Influenza A (H1N1) yang terdahulu dilaporkan telahpun sembuh dan dikeluarkan daripada Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Tutong pada hari ini. Sebelum dikeluarkan dari hospital berkenaan, kes pertama telah menjalani ujian-ujian bagi mempastikan bahawa pesakit berkenaan adalah dalam keadaan sihat dan bebas dari jangkitan virus Influenza A (H1N1).
Sekali lagi, Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai yang baru pulang dari luar negara supaya akan mengurangkan aktiviti-aktiviti dan interaksi sosial secara sukarela selama 7 hari. Mereka juga dinasihatkan untuk memantau kesihatan mereka dan mendapatkan rawatan segera, jika menghidap simptom-simptom penyakit. Disamping itu, langkah-langkah kewaspadaan perlu diambil dengan mengamalkan kebersihan diri yang baik pada setiap masa.